PENGENALAN

  



Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara. Melalui ideologi negara, setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.


logo Wawasan 2020

 Hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlmat bersama secara jujur dan ikhlas

Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. 

Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.                                                     


No comments:

Post a Comment

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA PENGHARGAAN   Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat  yang dianugerahkan kepada...