KESIMPULAN


Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

 Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan  kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. 

Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak peranda, Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.




Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum.

 Janganlah kita bersikap evasive (mengelak) mahupun  "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing" kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi (kewajipan) masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.





No comments:

Post a Comment

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA PENGHARGAAN   Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat  yang dianugerahkan kepada...